Sunday, May 10, 2009

Kilang Bir Halal bakal dibuka di M'sia

Syarikat Iran mahu buka kilang bir tanpa alkohol


Pengunjung Mihas mencuba Istak, minuman bir tanpa alkohol keluaran Arpanoosh di Pameran Halal Antarabangsa 2009 di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 7 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.

Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.

Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya.

"Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran.

Syarikat dengan keupayaan pengeluaran 35,000 botol sejam itu memiliki barisan pengeluaran terbesar di samping keupayaan teknologi mesin paling terkini dari Jerman.

Menurut Bagherian, produk tersebut masih baru di pasaran tempatan namun produk tersebut akan dijual di pasar raya besar, pasar raya dan hotel-hotel di seluruh negara.

Katanya, ketika ini syarikat yang beroperasi di Putrajaya itu mengimport kira-kira 20 buah kontena yang mengandungi 1.2 juta botol minuman Istak untuk dipasarkan ke Malaysia.

Melalui pembinaan kilang yang bakal dibina itu, beliau memberitahu, keupayaan untuk mengeluarkan minuman itu boleh mencapai dua kali ganda jika penggunaan teknologi sama seperti di Iran diguna di negara ini.

"Jenama Istak ini bukan jenama asing di luar negara kerana Arpanoosh telah mengeksport minuman itu ke Jerman, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Azerbaijan dan Australia," katanya.

Jika perancangan untuk membuka kilang baru di negara ini menjadi kenyataan, Istak akan dieksport ke Indonesia, Thailand, Singapura manakala di Vietnam jenama minuman tersebut telah pun dijual baru-baru ini.

Bagi mengukuhkan jenama itu di rantau ini, MICSB telah menaja sebuah pasukan rali-SR Motorsports bagi meningkatkan kesedaran jenama itu di kalangan pengguna, selain meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna remaja tentang kebaikan minuman tanpa alkohol di dalam sukan.

Selain itu, minuman itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang,, mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.

Tuesday, April 28, 2009

Camni pun ada...

Pakej rangsangan rumah pelacuran

22 Apr 2009 10:17AM

BERLIN - Tempoh masa yang lama tidak diperlukan oleh krisis kewangan dunia untuk menjejaskan profesion paling tua di Jerman.

Jerman yang membenarkan industri pelacuran kini melaksanakan pakej rangsangan bagi meningkatkan perniagaan berikutan penurunan permintaan daripada pelanggan.

Beberapa rumah pelacuran mengurangkan harga dan mengadakan promosi secara percuma selain memperkenalkan kadar bayaran purata.

Bas-bas pengantara percuma dan potongan harga untuk penduduk yang berumur serta pemandu teksi turut diperkenalkan oleh rumah-rumah pelacuran.

"Waktu sukar untuk kami," kata seorang pengurus sebuah rumah pelacuran di Hanover, Karin Ahrens.

Wanita itu memberitahu pendapatannya menurun sebanyak 30 peratus.

"Anda tidak boleh mengenakan bayaran tambahan dan terdapat tekanan untuk mengurangkan harga. Promosi khas amat penting buat masa ini," katanya.

Beberapa idea menarik digunakan oleh rumah pelacuran termasuk memperkenalkan kad kesetiaan, parti seks dan rebat untuk pemain golf.

Seorang pengurus di sebuah rumah pelacuran di Hamburg, GeizHaus berkata, pelanggan tetap yang kerap datang dua atau tiga kali seminggu kini berkunjung cuma sekali atau dua kali seminggu.

Seorang pengurus sebuah lagi rumah pelacuran di Berlin, Ecki Krumeich berkata, dia menghadapi tekanan untuk mengurangkan harga walaupun pelanggan tua dan pemandu teksi mendapat diskaun sebanyak 50 peratus pada Ahad serta Isnin.

"Kami akan terus memantau situasi ekonomi dan membuat pelan kecemasan" katanya yang mengendalikan 70 pelacur. - Reuters


>>>ape nak jadi la dunia sekarang..huhu

Saturday, April 18, 2009

Perihal Jari.

Kisahnya bermula dari KASIH-SAYANG terhadap EMAK-BAPAK sejak kita lahir:

1. BAYI(jari kelingkin)

Sejak lahir/bayi, kita tak tahu semua, tak tahu cakap, tak tahu minta dan
terserah pada emak/ayah nak urus/beri pada kita. Hanya mereka ini saja faham
bahasa/isyarat kita iaitu menangis kalau lapar/dahaga. Begitu kalau kita sakit.
Andainya emak/ayah kita bodoh/malas lalu tidak peduli isyarat kita,
maka kita mungkin dah mati. Terimakasih emak, terimakasih ayah.

2. BUDAK(jari manis)

Apabila usia kita 2 tahun, emak berhentikan kita dari menyusu badan.
Kita ini kita pandai tateh/berjalan jatuh. Pandai buat lawak bodoh hingga
emak/ayah senyum. Bahasa yang kita tutur diajar emak boleh disebut pelat,
sikit dan emak/ayah faham.Pada usia begini, apa saja kita buat/sebut,
semua orang gemar/suka. Manis belaka. Walaupun sepak orang dengan kaki.
Ketika ini, usia kita sekitar 3 tahun hingga 10 tahun. Aktif dan lasak,siot.

3. REMAJA(jari antu)

Pada usia sekitar 11 tahun dan sepanjang bujang. Kita begini, kita gemar berkawan
untuk bermain. Ketika ini, kita sudah belajar banyak perkara samaada di
rumah maupun sekolah. Perkara yang tak diajar pun kita tahu. Kawan-taulan yang ajar.
Bagi mereka yang teratur, mereka bersiap dengan ILMU/SIJIL sebagai bekal sepanjang
hidup berikutnya. Malah mulai bersiap dengan DUIT/HARTA sebagai kerja dengan majikan.
Pada akhir remaja inilah, seorang kawan terpilih jadi teman/bernikah.

4. KELAMIN(jari telunjuk)

Apabila bernikah, lelaki berfungsi sebagai SUAMI dan pompuan berfungsi sebagai ISTERI.
sEGALA kenangan jadi pedoman dan dibincang sehingga muafakat. Muafakat inilah dilaksana
menurut bahagian.Akhirnya, lahir lah anak.

5. DEWASA(ibu jari)

Apabila lahir anak, suami naik pangkat sebagai bapak. isteri naik pangkat sebagai emak.
Kita dah jadi EMAK-BAPAK kepada semua ANAK yang berjaya kita biak.
Apabila kita bercakap, sebutan dan lakonan kita paling rapi karena kita jadi arah
semua anak. Kalau tersilap/tersasul, kita kena ubah dan umum kapada semua anak bahawa
kita silap.

6. BANGKA(tapak tangan)

apabila semua anak kita nikah dan lahir cucu dan ada menantu, kita jadi ATOK dan OPAH.
Banyak lah kazanah dan karenah yang dirujuk cucu kita. Kita jadi pelawak kepada semua
cucu ketika menerang cara tertentu.

Wednesday, April 8, 2009

causes of liver damage

The main causes of liver damage are:

1. Sleeping too late and waking up too late are main cause.

2. Not urinating in the morning...

3. Too much eating.

4. Skipping breakfast.

5. Consuming too much medication.

6. Consuming too much preservatives, additives, food colouring, and
artificial sweetener.

7. Consuming unhealthy cooking oil.. As much as possible reduce cooking
oil use when frying, which includes even the best cooking oils like
olive oil. Do not consume fried foods when you are tired, except if the
body is very fit.

8. Consuming raw (overly done) foods also add to the burden of liver.

Veggies should be eaten raw or cooked 3-5 parts. Fried veggies should
be finished in one sitting, do not store.

We just have to adopt a good daily lifestyle and eating habits.
Maintaining good eating habits and time condition are very important
for our bodies to absorb and get rid of unnecessary chemicals according
to 'schedule.'

Saturday, March 28, 2009

lawak lembu...

{lawak kiriman emel dari seorang teman}

Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tidak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tidak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi.

So dia ckp dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...

Harimau: mendalam makna tu...

p/s : hahahahahahhahaha....

Friday, March 20, 2009

Terbaru 'undo' untuk GMail

Google telah menambah satu fungsi undo baru fungsian penghantaran email terhadap Gmail yang membolehkan anda membatalkan penghantaran jika emel yang dihantar adalah kepada orang yang salah atau isi yang salah atau lupa letak attachment. Nice. Fungsi ini adalah sebahagian daripada Google Labs dan juga telah digunapakai oleh Youtube, Flickr dan beberapa lagi. Fitur undo ini muncul selama 5 saat selepas penghantaran emel di tepi mesej "Your message has been sent". Satu lagi projek dari Google.

Sunday, March 15, 2009

Tayar dan anda

Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. Sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. Cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.

Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalag 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

Huruf “R” merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor “82? kami perlu merujuk kepada carta “index keupayaan mengangkut tayar berat” yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. Berat maksima merujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)

Huruf “H” yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S - 180 km/j
T - 190 km/j
U - 200 km/j
H - 210 km/j
V - 240 km/j
Z - melebihi hadlaju 240 km/j
W - 270 km/j
Y - 300 km/j

Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.